Sunday, March 6, 2011

Resepi donut yang gebu..

bismillahirrahmanirrahim...

bestnya andai dapat makan donut yang panas..andai berada kat umah dh tentu xde masalah nk makan donut..tapi kat sini..susah sikit..xde dapur nk msak..dapur x berasap...huhu.. ermm....pada shbt2 ana yang minta resepi donut....sini ana ade sertakan...RESEPI DONUT GEBU N SEDAP...hehe..slamat mencuba..Smoga berjaya!!!

antara bahan-bahan yang diperlukan;

  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yis segera( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar planta/margerin biasapun ok gak..tapi better guna planta tuk menghasilkan donut yg gebu.. 
  • 1 sudu besar susu tepung. 
  • secubit garam halus (garam membuatkan rasa donut lebih lemak)
  • gula halus/gula icing

Cara-cara membuatnya...

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan seketika sehingga yis kembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, telur, garam dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kt tangan, tp teruskan menguli hingga doh x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik seketika kemudian baru canai untuk dibuat bentuk ring/cincin. sebelum tu..taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
  7. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
  8. bila siap membentuk biar doh naik lagi, then baru goreng.
  9. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  10. last,gaul dengan gula atau tuang coklat..ikut selera masing2..
 bestnye..gebu n menyelerakan...lagi best jika makan panas2...(^_^).

No comments:

Post a Comment