Tuesday, February 15, 2011

siapa cintamu yang sebenarnya???

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah..segala puji dan syukur dipanjat pada ALLAH yg sentiasa menaungi makhluk ciptaanNYA dgn nikmat dan hidayahNYA tanpa putus..
sekian lama ana kian tandus menyepi dari ruangan ini...niat ana memang sentiasa ada..namun kudrat membatasi segalanya..namun,berkat izinnya ana dilapangkan untuk berkongsi sedikit coretan sebagai pena ana untuk renungan sahabat2 dan tidak lupa juga untuk diri ana sendiri..
bila berbicara mengenai cinta ramai muda mudi tersenyum..Ada Apa Dengan Cinta ye???ermm..masing-masing seolah-olah teruja dengan perkataan tersebut..C.I.N.T.A. gambaran jelas di wajah masing2..cinta adalah kapel..masing2 menyatakan hujah dan pendapat tersendiri yang difikirkan mendatangkan keindahan dan keghairahan..sehinggakan ada yang berpuisi ala2 laila majnun..'kekasih sanggup buat apa sahaja demi cinta'..sehinggakan ada juga lirik lagu 'demi cinta ku korbankan segalanya'..namun hakikatnya,hanya kata2 nista..kerana cinta tergadai seluruh maruah agama...di mana nilai cinta td??????
ermm..kita jarang mengerti erti cinta yang sebenarnya..Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.
oleh itu cintailah yang berhak dicintai.....sape die????ermm..tepuk dada tanya la iman...huhu..
ana akui lumrah insan ingin disayangi dan dikasihi..kerana terlalu mengerti akan hambaNYA, lalu ALLAH jadikan setiap insan itu berpasangan..ALLAH sebagai pencipta yang sentiasa mengerti akan makhluk ciptaanNYA tidak pernah melarang insan untuk sentiasa berkasih-kasihan..
namun berkasihan kalian dengan cara yang dihalalkan untukmu...iaitu perkahwinan..

kenapa ana berbicara mengenai cinta sebenarnya????ermm..nape ye??
huhu..ermm...kisahnya begini..pada 14 februari 2011..ana diberikan inayah utk mengikuti satu operasi cinta di pantai bersih di pulau pinang..ermm..program tersebut adalah sempena hari kekasih atau dikenali Valentines day..ape itu valentines??jom kite kenali...

Jabatan Mufti Negeri Johor - Hari Valentine's Day ini telah dibentangkan dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005M. Setelah dilihat dengan teliti, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan seperti berikut " Amalan merayakan Hari Kekasih (Valentine's Day) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah Syariah dan akhlaq Islamiah serta dialarang oleh Islam. Oleh itu, umat Islam adalah diharamkan melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut..

2. Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke 71 (JAKIM) - pesidangan / Muzakarah telah diadakan pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Valentine's Day adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan difatwakan haram.

Hujjah:

1. Sejarah Valentine's Day tidak ada dalam Sejarah Islam;

2. mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam;

3. kebanyakan golongan yang meraikan Valentine's Day ini dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam;

4. Valentine atau nama sebenar St. Valentine adalah merupakan seorang paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabellah di Sepanyol. Ratu Isabelleh menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan Kristian terhadap Islam; dan

5. barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

6. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tidak dapat dinafikan sambutan Hari Valentine ini sebenarnya membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan.

Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Al-Qur'an, Surah Al-Israa' :32"

So????apa konklusinya???ermm...mungkin 14 Februari bleh je dianggap sbg hari kekasih..tp bukan valentines day..jgn salah sgka ye...hari kekasih plak bkn sbg hari membuktikan cinta kpd sapa2..tapi buktikan cinta kita pada yg selayaknya...pada siapa????tentulah pada Allah dan rasulNYA...salah satu caranya..banyakkan zikir dan selawat...insyaALLAH kite semua akn dpt cinta yang sejati...wallahuallam..

No comments:

Post a Comment